Kamis, 25 Oktober 2012

Dua tetes air mata

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi,
 cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam,
 tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; 
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ 

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, 
dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar
 dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
 sekep
ing hati pada kita?


 Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati


 pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. 


Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,” 


Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi,


 telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.

Jawab titis air mata kedua tu,” 


Saya air mata seorang lelaki yang menyesal 


membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, 


dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata:


 aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, 


kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal 


jika kamu masih mau mencoba.


 Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. 


Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi 


jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata,


 sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.


 Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, 


cukup dengan menutup telinga. 


Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, 


cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu


 dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan


 walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, 


walaupun mereka telah dikhianati.


 Kepada mereka yang masih ingin mencintai, 


walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada 


mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan


 untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang


 yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , 


lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan


 kata-kata cinta itu pada pusaranya .


 Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu


 itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan


 orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,


 kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah,


 tetapi membangkitkan kekuatan. 


Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,


 tetapi menghembuskan kegagahan.


 Cinta bukan melemahkan semangat,


 tetapi membangkitkan semangat

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,


 debu beralih emas, keruh menjadi bening,


 sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga,


 derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar